Jabatan Imigresen dan JPN disiasat – PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan,Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang disiasat pihak berkuasa berhubung wujud dakwaan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Perdana Menteri berkata, beliau menerima laporan terdapat unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses mendapatkan sijil warganegara dikenakan bayaran tertentu oleh mereka yang layak mendapatstatus kewarganegaraan.

Tabah beliau, sekelompok kecil pegawai imigresen dilihat masih terbiasa dengan cara dan sistem lama semasa beliau mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

“Semalam saya terima maklumat ada siasatan di jabatan lain umpamanya JPN. Kita permudahkan orang yang layak mendapat status kewarganegaraan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran.

“Tapi jumlahnya terlalu kecil, harus ada tindakan yang keras dan tegas, kalau tidak dia merosakkan seluruh imej pentadbiran,” katanya pada Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Dalam tinjauan di KLIA, Anwar turut mendapati hanya satu daripada tujuh mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Terminal 1 yang berfungsi.

Malah katanya, masalah itu sudah berlarutan sejak bertahun lamanya namun tidak diselesaikan.

“Saya Menteri Kewangan dan JKDM bawah saya, tapi takkanlah nak tunggu menteri turun baru tahu rosak, ini ada kelemahan dari segi maklumat kerana kalau belanjanya hanya sekitar beberapa juta, kita boleh luluskan segera.

“Saya percaya SPRM tidak akan menyiasat kalau diluluskan segera kerana keadaan itu mendesak. Bayangkan saya dimaklum scanner itu rosak sejak tahun lalu.

Dalam pada itu, Anwar berkata kelemahan penyampaian maklumat di peringkat bawahan kepada pihak atasan juga perlu diperbaiki.

Tambha beliau tanggungjawab pegawai atasan untuk turun ke bawah melihat kelemahan yang boleh ditambah baik dan bukannya sekadar mencari salah atau mengecam apatah lagi memberi gambaran secara umum.

“Hal-hal sebegini adakah (perlu) pegawai di situ dipersalah? Mungkin dia lapor tetapi kelemahan ini perlu diperbaiki untuk perkhidmatan yang baik,” katanya.

Jelas Anwar, kelulusan segera boleh dibuat sekiranya kos mesin pengimbas tersebut sekitar berapa juta ringgit.

“Saya percaya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat semata-mata kerana saya memberi kelulusan segera.

“Keadaan itu mendesak. Mesin pengimbas rosak. Bayangkan tujuh buah sudah lama rosak sejak beberapa tahun lalu,” katanya

Semalam dalam lawatan mengejut ke KLIA, Anwar memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu membabitkan kakitangan Imigresen di KLIA khususnya dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • April 8, 2025
    • 17 views
    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

    • News
    • March 13, 2025
    • 124 views
    Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

    KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    • April 8, 2025
    Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    • April 8, 2025
    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

    • April 7, 2025
    Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

    U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

    • April 7, 2025
    U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan