Ringgit stabil susulan campur tangan BNM

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus mencatatkan peningkatan dan dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Isnin.

Seorang penganalisis berkata mata wang tempatan dilihat stabil berikutan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM).

Pada 9 pagi, unit tempatan menambah nilai kepada 4.6615/6650 berbanding dolar AS daripada 4.6635/6705 pada penutup Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengumuman Jawatankuasa Pasaran Kewangan BNM tepat pada masanya memandangkan pasaran mata wang telah terjejas oleh jangkaan kenaikan kadar faedah selanjutnya di AS dan ekonomi utama lain di Eropah.

Menurutnya tumpuan minggu ini adalah pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada 6 Julai yang mana beliau percaya Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dikekalkan pada 3.00 peratus.

“Selain itu, Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) AS juga akan menjadi sorotan utama minggu ini dengan NFP dijangka turun kepada 200,000 pada Jun selepas meningkat sebanyak 339,000 pada bulan sebelumnya.

“Justeru, ringgit boleh stabil sekitar RM4.65 hingga RM4.66 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes menjangkakan sentimen risiko tempatan akan memanfaatkan petunjuk gelombang positif Wall Street pada Jumaat lepas yang akan menyokong ringgit.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.0815/0853 daripada 5.0571/0647 pada penutupan urus niaga Jumaat, lemah berbanding yen Jepun pada 3.2266/2293 daripada 3.2220/2273 dan lebih rendah berbanding pound Britain pada 5.9150/9194 daripada 5.8923/9012 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit diniaga bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Unit tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura pada 3.4445/4474 berbanding 3.4376/4431 pada Jumaat dan turun berbanding baht Thai menjadi 13.1979/2142 berbanding 13.1529/1786.

Ringgit menambah nilai berbanding rupiah Indonesia pada 309.4/309.7 daripada 309.5/310.1 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.45 daripada 8.44/8.46 pada Jumaat.

  • Coelho

    Related Posts

    • Pasaran
    • January 20, 2025
    • 305 views
    Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

    KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

    • Pasaran
    • January 20, 2025
    • 252 views
    Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

    KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden AS hari ini, kata penganalisis. Pada…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

    • April 7, 2025
    Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

    U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

    • April 7, 2025
    U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    • March 27, 2025
    Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

    • March 25, 2025
    IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO