96 peratus syarikat Jepun mahu kekal di Malaysia – PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 96 peratus syarikat Jepun mahu terus kekal di Malaysia, dengan separuh daripadanya ingin mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata statistik itu berdasarkan tinjauan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) dan kadar pengembangan itu lebih tinggi daripada purata bagi ASEAN dan kedua tertinggi di rantau ini.


“Malaysia dan Jepun terus meraikan hubungan diplomatik yang kukuh dengan kini masuk ke tahun ke-65 dan Jepun adalah antara rakan dagang terpenting serta keempat terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$41.21 bilion (RM181.51 bilion) pada 2022.


Jepun juga disenaraikan sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) yang masuk ke Malaysia dalam projek-projek di lapangan pembuatan,” katanya dalam hantaran di Facebook.


Beliau berkata pada tahun lalu, sejumlah 2,746 projek dilaksanakan dengan jumlah pelaburan bernilai AS$27.25 billion (RM91.14 bilion) dan sebanyak 336,326 peluang pekerjaan dijana manakala pada tahun ini, Malaysia memperoleh komitmen pelaburan dari Jepun sebanyak RM23 bilion.


Justeru, Anwar berkata adalah mustahak untuk Malaysia terus memastikan persekitaran pelaburan kondusif dan mampu menarik minat lebih banyak pelabur asing ke negara ini kerana peningkatan FDI yang berterusan adalah bukti keyakinan pelabur asing yang kian pulih terhadap kemajuan dan potensi ekonomi negara.


Perdana Menteri semalam mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko bersama delegasi daripada Dewan Perdagangan dan Industri Jepun Malaysia (JACTIM) di Kementerian Kewangan.


Sementara itu, Anwar berkata beberapa tahun kebelakangan ini, aliran masuk FDI terus menguak tatkala negara menyaksikan pelaburan masuk yang diluluskan berjumlah RM71.4 bilion pada suku pertama tahun ini, lantas menjadikannya suatu lonjakan ketara yakni sebanyak 60 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.


“Asas ekonomi kita terus kukuh, dibuktikan dengan inflasi yang rendah serta landskap politik yang semakin stabil. Permintaan untuk produk dan perkhidmatan Malaysia juga semakin meningkat. Kerajaan juga berkomitmen tegas untuk membangunkan industri baharu seperti ekonomi digital dan teknologi hijau.


Saya amat yakin dengan prestasi masa depan pelaburan di Malaysia yang pastinya akan terus rancak. Kerajaan akan terus berusaha sebaiknya dalam memperkukuh iklim pelaburan lebih baik dan kerajaan juga sedang meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, menarik pelaburan bernilai dan berdampak tinggi serta mencipta tenaga kerja tempatan yang memiliki nilai daya saing,” katanya.


Beliau berkata usaha itu adalah sejajar dengan objektif Dasar Pelaburan Baharu (NIP) yang akan datang dan bakal dicerakinkan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) yang akan dilancarkan pada Ogos 2023.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 404 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    • June 13, 2025
    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

    • June 13, 2025
    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN