Ejen bantu warga China di KLIA gagal dikesan

  • News
  • July 31, 2023

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ejen kepada wanita warga China yang cuba memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) sehingga mencetuskan kekecohan baru-baru ini, gagal dikesan.

Sehubungan itu, beliau sudah mengarahkan agensinya supaya menamatkan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Saya ingin katakan juga, kerana masih lagi orang tak percaya kepada SPRM yang mengatakan dua saksi itu sudah balik ke China.

“Tapi kalau ada yang boleh tunjukkan di mana saksi itu, kami bersedialah. Sebab ramai pandai-pandai kat luar tu kata saksi itu ada di Malaysia… Jadi tunjuklah kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Body-Worn Camera (BWC)dan Vest SPRM, di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Tambahnya, SPRM sudah memeriksa dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sistem menunjukkan bahawa mereka sudah meninggalkan negara.

Sebelum ini Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, mendedahkan perkara itu selepas mengakui dirinya adalah individu yang terbabit dalam insiden kekecohan di KLIA, selepas dikatakan cuba ‘melepaskan’ masuk seorang wanita warga China yang dilarang memasuki negara ini oleh pegawai imigresen.

Beliau juga mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai JIM di pintu masuk negara KLIA.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengakui budaya rasuah masih berlaku dalam kalangan penguat kuasa tetapi hanya membabitkan segelintir mereka di KLIA.

  • Coelho

    Related Posts

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    • News
    • April 18, 2025
    • 432 views
    Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

    KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    • June 13, 2025
    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

    • June 13, 2025
    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN