Keputusan PRN 6 negeri tidak gugat kestabilan politik peringkat pusat – Fahmi

  • News
  • July 31, 2023

PUTRAJAYA: Kestabilan politik di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana tidak akan ada perubahan yang berlaku di peringkat itu walau apa jua keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata kestabilan politik adalah perkara asas yang membolehkan pelaburan masuk secara langsung untuk membantu pertumbuhan ekonomi.

“Asasnya adalah kestabilan politik. Itulah antara sebab walau apapun yang berlaku dalam PRN ini dan saya pun dapat laporan serba sedikit, PRN bukan Pilihan Raya Umum (PRU) maka tidak akan berlaku sebarang perubahan di peringkat pusat,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 404 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN