Pelabur asing terus jadi pembeli saham Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelabur asing meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut pada minggu lalu, walaupun dengan nilai lebih sederhana RM130.5 juta.

Menerusi laporan aliran dana, penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjelaskan bahawa dagangan pada minggu berakhir 4 Ogos adalah bercampur-campur, apabila aliran masuk dicatatkan pada Isnin dengan nilai berjumlah RM280.9 juta dan Jumaat pada RM42.3 juta, manakala baki minggu itu menyaksikan aliran keluar.

“Dari Selasa hingga Khamis, pelabur asing bersih menjual bersih ekuiti bernilai RM192.7 juta, terutama menjual saham seperti Petronas Chemicals (-RM46.6 juta), CIMB (-RM33.5 juta) dan PPB (-RM28.3 juta).

“Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih adalah perkhidmatan kewangan (RM116.7 juta), utiliti (RM96.6 juta) dan perladangan (RM81.1 juta),” tambahnya.

Cabang penyelidikan bank pelaburan itu turut memaklumkan sektor yang merekodkan aliran keluar bersih pada minggu lalu adalah produk dan perkhidmatan pengguna (-RM93.4 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (-RM65.0 juta) serta telekomunikasi dan media (-RM33.4 juta).

“Setakat ini bagi tahun ini, pelabur asing menjual bersih RM2.93 bilion,” menurutnya.

Institusi tempatan pula kekal sebagai penjual bersih ekuiti domestik bagi minggu keempat berturut-turut pada minggu lalu dengan penjualan bersih RM122 juta minggu lalu.

“Aliran keluar tertinggi berlaku pada Isnin berjumlah -RM255.4 juta, dengan institusi tempatan kebanyakannya menjual bersih Maybank (-RM50.6 juta), Tenaga (-RM43.4 juta) dan Public Bank (-RM24.6 juta).

“Bagi 2023 setakat ini, institusi tempatan menjadi pembeli bersih dengan aliran masuk berjumlah RM3 bilion,” jelasnya.

Peruncit tempatan turut menjual bersih bagi minggu keempat berturut-turut pada minggu lalu, walaupun pada nilai berjumlah lebih rendah iaitu RM8.5 juta.

Bagi 2023 setakat ini, peruncit tempatan telah menjual bersih RM76.4 juta.

Dari segi penyertaan, volum dagangan harian purata (ADTV) susut di seluruh papan iaitu pelabur runcit (-16.8 peratus), institusi tempatan (-20.8 peratus) dan pelabur asing (-6.5 peratus), tambah penyelidikan MIDF. – BERNAMA

  • Coelho

    Related Posts

    Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

    KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

    Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

    BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    • June 13, 2025
    Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

    • June 13, 2025
    KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN