Orang ramai boleh guna aplikasi MYJalan untuk lapor kerosakan jalan

  • News
  • August 22, 2023

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh menyalurkan aduan mengenai kerosakan jalan raya dan juga kemudahan lain termasuk kerosakan lampu jalan dan lampu isyarat menerusi alikasi MYJalan.

MYJalan merupakan platform aduan setempat bagi memudahkan aduan dibuat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata aplikasi itu boleh digunakan sejak minggu lalu.

“Aplikasi MYJalan akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini, namun ia sudah boleh digunakan sejak minggu lalu lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) 2023 di Menara MATRADE di sini, hari ini.

MYJalan menerima semua jenis aduan jalan raya yang diselenggara Kementerian Kerja Raya (KKR) selaras prinsip ‘No Wrong Door Policy’ atau dasar menyalurkan maklumat supaya kerosakan jalan raya, lampu jalan dan lampu isyarat dapat dibaik pulih.

Aplikasi dan Kempen MYJalan yang sedang berlangsung sempena bulan kebangsaan itu dijangka dilancarkan Perdana Menteri di Jeti Tasik Awam, Tasik Banding, Perak.

Ditanya berapa banyak aduan diterima sejak aplikasi itu digunakan, beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 376 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025