RM10 juta diperuntuk untuk usahawan mikro berpendapatan rendah melalui program iTEKAD

  • News
  • August 22, 2023

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk program iTEKAD bagi membolehkan usahawan mikro berpendapatan rendah mendapat akses kepada pembiayaan bagi memulakan dan meneruskan perniagaan.

Perdana Menteri berkata, dana awal RM4 juta sudah digunakan dan bakinya diteruskan dengan menggesa lebih banyak penyertaan daripada bank.

“Ketika ini sudah ada penyertaan 11 bank dan saya harap ditingkatkan menjadi 20 bank mengambil bahagian.

“Dengan kejayaan program ini, diharap ia dijadikan model oleh kementerian, agensi kerajaan… termasuk majlis agama melalui badan zakat di negeri masing-masing,” katanya dalam ucaptama Majlis Jalinan Kerjasama iTEKAD di Sasana Kijang di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Gabenor Bank Negara, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 366 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

  • May 28, 2025
Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

  • May 28, 2025
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo