Malaysia bakal jadi negara industri berteknologi tinggi melalui NIMP 2023 – PM Anwar

PUTRAJAYA: Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang akan dilancarkan pada 1 September ini bakal menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NIMP 2023 juga tidak akan tertumpu kepada satu-satu sektor sahaja, sebaliknya ke arah mencapai matlamat dan misi yang memberi ruang kepada anak muda menerokai bidang pekerjaan baharu.

“NIMP 2030 yang akan dilancarkan dua hari lagi ini, bukan seperti pelan perindustrian yang biasa.

“Ia memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 di sini, pada Rabu.

Perdana Menteri menambah, transformasi digital dalam industri bukan sahaja dapat mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul tetapi akan meningkatkan keupayaan negara.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan melaksanakan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) sejurus selepas pelancaran NIMP 2023.

Katanya, kajian itu bukan sekadar menilai perencanaan awal, tetapi juga membuat pengubahsuaian dan anjakan supaya pembangunan negara terus mampan.

Goncalves

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 118 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 129 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan