NIMP 2030: Gaji sektor pembuatan dijangka meningkat menjelang 2030 – PM

  • News
  • September 1, 2023

KUALA LUMPUR: Hasil intervensi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, gaji penengah bagi sektor pembuatan dijangka meningkat 9.6 peratus, mencecah RM4,510 daripada RM1,976.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan 128 peratus daripada 2021 ini didorong oleh peralihan industri ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang diwujudkan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dari segi guna tenaga, dijangkakan unjuran pertumbuhan sebanyak 2.3 peratus daripada 2023, menyediakan peluang pekerjaan untuk 3.3 juta orang menjelang 2030.

“Bagi memenuhi permintaan industri, kerajaan akan melaksanakan sistem gaji progresif yang menggalakkan pembangunan kemahiran dan kemajuan kerjaya.

“Trajektori pekerjaan yang semakin meningkat dalam industri ini disebabkan oleh penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi apabila negara bergerak maju ke arah aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi dan peningkatan dalam automasi dan kemajuan teknologi,” kata Anwar semasa melancarkan NIMP 2030 di sini hari ini.

“Kerjasama awam-swasta akan dipertingkatkan dalam program Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), memastikan pemerolehan kemahiran yang diperlukan oleh industri,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan yakin strategi dalam NIMP 2030 akan membuahkan hasil yang bermakna dan memberi impak besar kepada ekonomi negara.

“Secara khususnya, NIMP 2030 menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor pembuatan kepada RM587.5 bilion menjelang 2030, meningkat sebanyak 6.5 peratus daripada yang hari ini.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 61 peratus, yang diperolehi oleh intervensi NIMP 2030 untuk sektor berimpak tinggi – E&E, kimia, EV, aeroangkasa, farmaseutikal dan bahan maju, seperti mineral dan logam,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperuntukkan hampir RM9.5 bilion dalam NIMP 2030 bagi merangsangkan pelaburan dan pembabitan industri.

“Kerajaan komited sepenuhnya untuk menyokong pelaksanaan NIMP 2030. Ia dianggarkan memerlukan jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tujuh tahun (NIMP 2030) terutamanya daripada sektor swasta yang digerakkan daripada ekuiti, modal dan pasarakewangan swasta.

“Hampir 10 peratus akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu merangsang dan memberi insentif kepada pelaburan ini melalui Dana Pembangunan Perindustrian NIMP dan Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan