Malaysia Techlympics 2023 beri penekanan kepada aspek keperluan asas dan pendidikan berkualiti

PETALING JAYA: Malaysia Techlympics 2023 menekankan aspek keterangkuman dan inklusif dengan menitikberatkan akses kepada keperluan asas dan pendidikan berkualiti menerusi Program Jangkauan Keterangkuman (outreach) yang telah dirancang sepanjang tempoh lapan pelaksanaannya.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, program ini antara lain juga bertujuan untuk meningkatkan akses kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) STEM khususnya kepada pelajar luar bandar, guru dan komuniti setempat.

“Sehingga kini, sejumlah 1,200 pelajar dari zon tengah iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Jangkauan Keterangkuman ini.

“Lebih daripada 750 guru juga dari negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya telah terlibat dalam latihan atau Training of Trainers secara fizikal dan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Perasmian Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Selangor dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Zon Tengah, bertempat di First City University College, di sini hari ini.

Turut hadir sama Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ts Doktor Haji Aminuddin Hassim, Lembaga Pengelola dan Pengarah, First City University College, Tan Sri Dato’ (Dr) Teo Chiang Liang.

Malaysia Techlympics 2023 merupakan inisiatif MOSTI memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.

Tambah Chang, penyertaan peserta daripada zon tengah, mencatatkan penurunan daripada 125,080 peserta pada tahun 2022 kepada hanya 87,315 peserta tahun ini.

“Melalui program ini, pelbagai pertandingan yang berteraskan teknologi sohor seperti kecerdasan buatan (AI), Internet kebendaan (IoT), dron, pengekodan dan robotik akan dipertandingan di peringkat negeri, zon dan kebangsaan.

“Selaras dengan penganjurannya pada tahun kedua ini, MOSTI komited untuk meraih 1 juta penyertaan daripada para pelajar dan belia yang berusia 7 hingga 30 tahun dalam pertandinganberteraskan teknologi terkini ini,” jelasnya.

Program yang berlangsung selama dua hari ini mendapat sambutan hebat lebih 6,000 pengunjung hadir termasuk tetamu jemputan, pelajar sekolah dan penduduk setempat.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan