Program Subsidi Bersasar dijangka dilaksana sepenuhnya pada 2024

KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan Program Subsidi Bersasar akan dapat dilaksana sepenuhnya bermula pada 2024.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ia selepas Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini, sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024 untuk kegunaan pengesahan maklumat peribadi.

Rafizi berkata, kaedah dan mekanisme pelaksanaannya, sama ada menerusi pindahan tunai, berdasarkan pemberian kad khas atau agihan di pam stesen minyak. Bagaimanapun, semuanya akan diputuskan dari semasa ke semasa.

“Keutamaan kita sekarang maklumat sosioekonomi isi rumah kena lengkap dulu dalam PADU. Itu lebih penting berbanding kita mahu guna kad pengenalan ke, pindahan (kredit) terus ke akaun atau mahu pakai pam. Inilah fokus kita sekarang,” katanya.

Pada 15 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.

PADU akan mengumpul seberapa banyak maklumat sosio ekonomi isi rumah sekali gus membantu kerajaan mengagihkan subsidi dan bantuan dengan lebih berkesan.

PADU akan menjadi penyelaras data antara agensi-agensi sedia ada termasuk Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Semalam, Rafizi juga berkata setakat ini, proses pembangunan sistem PADU yang menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah rakyat Malaysia berjalan lancar mengikut garis masa dirancang.

  • Coelho

    Related Posts

    Public Bank jalin kerjasama dengan Jati Tinggi pasang panel solar RM14.88 juta

    KUALA LUMPUR: Public Bank dan Jati Tinggi Group Berhad (Jati Tinggi) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memasang sistem panel solar fotovoltaik (PV) bernilai RM14.88 juta. Menerusi memorandum itu, Jati Tinggi,…

    Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

    KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Pan Malaysia, daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Dalam kenyataannya semalam,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    • May 28, 2025
    Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

    • May 28, 2025
    Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo