MYSA bangunkan MyIDEA bantu urus bencana banjir

KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah membangunkan Sistem Aplikasi MyIDEA yang direka bentuk khusus untuk pengurusan bencana banjir negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, MyIDEA telah berjaya melepasi beberapa fasa simulasi di lokasi sebenar kejadian banjir dan telah mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada pihak komuniti yang terlibat.

“Kita memang ada Teknologi Angkasa (Satelit) tetapi perlu ada inovasi yang tinggi untuk kita membangunkan teknologi seperti ini (MyIDEA).

“Saya yakin MyIdea akan sangat membantu dalam pengurusan bencana banjir sebab aplikasi ini dibangunkan dengan pengalaman MYSA dan juga kepakaran-kepakaran pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Aplikasi MyIDEA sempena program MYSA Spacetech Showcase 2023 bertempat di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), di sini hari ini.

Turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ts. Dr Mohd Azman Hassan; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah dan barisan Pegawai Kanan MOSTI.

Chang berkata, MyIDEA berupaya membantu bilik gerakan untuk mengenal pasti situasi dan lokasi sebenar mangsa di samping mampu memantau setiap pergerakan para petugas penyelamat supaya aspek keselamatan mereka juga turut diberikan perhatian.

Aplikasi MyIDEA ini mempunyai empat ciri-ciri utama yang terdiri daripada Identify:mengenal pasti keperluan & situasi mangsa; Detect: mengesan lokasi sebenar mangsa dan penyelamat; Ensure: memastikan pengurusan menyelamat mangsa dikoordinasi dan dipantau dengan sistematik; dan Archive: mengarkib untuk paparan visual dan rujukan masa hadapan.

Mangsa banjir boleh mengakses aplikasi MyIDEA melalui pautan yang akan dihantar menerusi Whatapps dan SMS ketika banjir.

Coelho

Related Posts

WhatsApp umum ciri pin mesej pada tetingkap sembang

Ciri pin mesej pada tetingkap sembang diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna boleh pilih untuk pin sesuatu mesej untuk tempoh sama ada 24 jam, 7 hari atau 30 hari.

Gmail guna sister RETVec tingkat kemampuan tapis spam

Sistem RETVec dapat mengurangkan kesilapan menandakan e-mel sebenar sebagai spam sehingga 19.49% peratus sekali gus menyelesaikan masalah e-mel penting tidak terbaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis