PM akan jawab isu DNAA Zahid di Dewan Rakyat esok

  • News
  • September 18, 2023

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen, esok.


Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada Isnin.


Azalina berkata, sesi itu berkemungkinan akan mengambil tempat pada jam 2.30 petang.

“(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan ‘good’ itu dia (Anwar) akan jawab esok Insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang.


“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,” katanya ketika PM Anwar memasuki Dewan Rakyat.

Azalina berkata demikian ketika menjawab soalan Takiyuddin adakah Anwar akan menjawab isu DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi di Dewan Rakyat.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai