Pemandu treler mengaku tidak bersalah pandu secara berbahaya sebabkan 2 kematian

  • News
  • September 25, 2023

PUTRAJAYA: Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan dan mengorbankan dua nyawa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengorbankan dua nyawa, Rabu (minggu lalu).

Muhammad Izzatul Shafik Mozahari membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aima Nabila Muhammad Azhar.

Mengikut pertuduhan, pemandu treler jenis Foton Auman dituduh memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, di KM 5.8 Persiaran Utara di sini, pada jam 10.14 pagi, 20 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 namun lelaki berusia 29 tahun yang tidak diwakili peguam itu merayu kadar berkenaan dikurangkan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Aima Nabila membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis terdekat, sekali setiap bulan.

Sebutan semula kes ini ditetapkan pada 25 Oktober depan.

Media sebelum ini melaporkan, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh individu cedera dalam kemalangan membabitkan treler muatan batu pasir di Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini.

Kemalangan ini membabitkan 14 kenderaan iaitu treler, tujuh kereta dan lima motosikal termasuk sebuah motosikal polis trafik.

Sebelum ini media turut melaporkan pemandu treler itu direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan tersebut.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 394 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025