PRK Jepak ditetapkan pada 4 November – SPR

  • News
  • September 25, 2023

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai tarikh pengundian bagi kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Jepak di Sarawak.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, hari pengundian awal pula ditetapkan pada 31 Oktober ini, manakala 21 Oktober sebagai hari penamaan calon.

“Tempoh berkempen pula ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 3 November 2023 (Jumaat),” katanya pada sidang media di Menara SPR, di sini, hari ini.

Menurut Azmi, PRK Jepak Sarawak akan menggunakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Jun 2023 yang dikemaskini sehingga 15 September 2023.

“DPPR ini mengandungi seramai 22,804 pemilih, terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.

“DPPR bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak akan muda dijual pada 16 Oktober 2023 (Isnin),” katanya.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 386 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025