Tubuh semula LPN atasi konflik kartel beras – Dr Akmal

  • News
  • October 3, 2023

MELAKA: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, sudah tiba masanya Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diwujudkan bagi menghapus aktiviti kartel beras yang menjadi punca kekurangan beras tempatan.

Dr Akmal berkata, hanya melalui penubuhan LPN yang dibubarkan selepas Padiberas Nasional Berhad (Bernas) diswastakan pada 1996 dapat mengatasi konflik kepentingan industri beras ketika ini.

“Kita kena wujudkan semula LPN sebabnya hari ini (isu beras) nampak seakan-akan dia loose cannon sikit (tidak dapat dikawal) tapi bila ada LPN ini kita ada fokus untuk kawal beras kita.

“Jangan sampai kita nak bagi kartel-kartel ini keuntungan yang besar akhirnya pesawah kita di bawah ini sengsara dengan harga (padi) yang rendah.

“Sudah tiba masanya LPN ini kita buat, kena dimiliki kerajaan sebab ini barang asas walaupun ada orang akan kata ini kapitalis, bersifat macam komunis tapi kalau untuk mempertahankan barang asas untuk rakyat, kenapa tidak?” soalnya ketika ditemui wakil media di sini hari ini.

Dr Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri menyambut baik jika Bernas mahu mewujudkan semula kilang-kilang padinya.

“Kalau nak perhebatkan kilang-kilang Bernas, silakan kerana inilah masanya sebab jika tidak mereka (kartel) ada genggaman yang kuat sehingga boleh kawal kerajaan,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara, beliau berkata, usaha itu akan menjadi sia-sia jika penguatkuasaan tidak diperhebatkan.

“Penguatkuasaan kena sangat tegas, berat, cepat dan teliti sebab jika ada banyak kelonggaran-kelompongan yang berlaku dalam isu beras ini, saya percaya segala data yang kita ada itu hanya sekadar angka yang boleh dimanipulasi,” katanya.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 388 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025