Perjanjian BPlant-KLK ditamatkan deposit RM229.15 juta dikembalikan

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (BHB) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) bersetuju untuk tidak meneruskan pengambilalihan 33% kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) dengan pertimbangan tunai RM1.15 bilion oleh KLK.

BPlant dan KLK berkata bahawa “syarat-syarat duluan di bawah perjanjian kerjasama strategik (SCA) tidak dapat dimuktamadkan pada tarikh akhir 6 Okt 2023.”

“Berdasarkan kepada keadaan itu, pihak-pihak berkaitan saling bersetuju bahawa SCA itu akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 4 Okt 2023,” kata kedua-dua syarikat dalam makluman masing-masing kepada Bursa Malaysia.

Berikutan daripada penamatan itu, RHB Investment Bank Bhd, bagi pihak KLK, berkata BHB akan memulangkan deposit bersamaan kira-kira RM229.15 juta kepada KLK dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula hari ini, “atau tarikh lain yang boleh dipersetujui antara pihak-pihak.”

Kedua-dua KLK dan BPlant berkata penamatan SCA itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan, pendapatan sesaham, aset bersih dan aset bersih sesaham mereka bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024 (untuk KLK) dan tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (untuk BPlant).

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah pemegang kepentingan utama dalam BPlant dan syarikat induknya adalah BHB.

Pada 24 Ogos 2023, KLK mencadangkan untuk membeli 739.20 juta saham, atau 33% kepentingan dan satu saham BPlant daripada BHB pada harga RM1.15 bilion.

KLK juga mencadangkan tawaran pengambilalihan mandatori untuk mengambil alih semua baki saham BPlant yang belum dimiliki oleh KLK, BHB dan LTAT pada harga RM1.55 sesaham.

Harga tawaran nilai BPlant ditetapkan adalah pada RM3.47 bilion.

Dalam satu kenyataan pada 11 Sept 2023, KLK mengumumkan pihak terbabit bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir perjanjian itu kepada 22 Sept 2023. Selepas itu, tarikh tersebut dilanjutkan lagi kepada 6 Okt 2023.

Coelho

Related Posts

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Syarikat penyelidikan dan pembangunan teknologi terkemuka negara, MIMOS Bhd, mengumumkan pelantikan Dr Saat Shukri Embong sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, berkuat kuasa…

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

KUALA LUMPUR – Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah memuktamadkan perjanjian kerjasama dengan Ipoh Sentral Sdn Bhd (ISSB) bagi melaksanakan projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) Ipoh Sentral yang dianggarkan bernilai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi