Harga minyak melonjak selepas Hamas serang Israel

HONG KONG: Harga minyak melonjak lebih daripada empat peratus hari ini selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada hujung minggu, mencetuskan kebimbangan terhadap kejutan bekalan daripada rantau yang kaya dengan minyak mentah itu.

Brent meningkat 4.7 peratus kepada AS$86.65 manakala West Texas Intermediate (WTI) menokok 4.5 peratus kepada AS$88.39 dalam dagangan awal di Asia.

Serangan mengejut itu dan pengisytiharan perang Israel sebagai tindak balas kepadanya menyebabkan lebih 1,000 terkorban dan menambah kebimbangan bahawa potensi konflik yang melebar akan menarik campur tangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

“Kunci kepada pasaran adalah sama ada konflik itu kekal dibendung atau merebak untuk membabitkan wilayah lain, terutamanya Arab Saudi,” kata Brian Martin dan Daniel Hynes dari ANZ Group.

“Sekurang-kurangnya pada peringkat awal ini, pasaran dilihat akan menganggap situasi itu akan terhad dari segi skop, tempoh dan kesan kepada harga minyak. Namun, turun naik yang tinggi boleh dijangka.”

Krisis itu berlaku ketika harga minyak telahpun meningkat disebabkan oleh masalah bekalan yang disebabkan oleh pemotongan ouput oleh Russia dan Arab Saudi, mencetuskan kebimbangan baharu terhadap inflasi global. – AFP

Coelho

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025