MRANTI lantik Rais Hussin sebagai CEO baharu

KUALA LUMPUR: Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) melantik Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 9 Oktober 2023.

Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, Rais Hussin yang mengambil alih jawatan daripada pemangku CEO dan Ketua Pegawai Komersial, Khairil Anuar Sadat, mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dan rekod kepimpinan yang kukuh dalam pelbagai sektor.

Dalam peranan baharunya, Rais akan bertanggungjawab memacu visi strategik MRANTI dan menyelia operasi hariannya, kata agency itu.

Ia juga berkata, beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi, teknologi dan keusahawanan.

“Saya komited untuk menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan dan kejayaan organisasi sebagai pemecut teknologi dan inovasi serta mengukuhkan ekosistem inovasi di Malaysia,” kata Rais Hussin.

Sementara itu, Pengerusi MRANTI, Prof Dr Rofina Yasmin Othman, berkata pengalaman luas Rais Hussin dan pemahaman mendalam mengenai nilai teknologi dan inovasi akan memainkan peranan penting dalam mengemudi MRANTI mencapai kejayaan yang berterusan.

MRANTI adalah agensi pengkomersilan Malaysia yang mempunyai sumber untuk mempercepatkan pengkomersilan idea-idea inovatif yang akan memacu impak.

  • Coelho

    Related Posts

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025