Ringgit jatuh, dolar AS mengukuh susulan krisis di Timur Tengah

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mata wang negara maju itu mengukuh berikutan minat baharu dalam kalangan pelabur berikutan krisis di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7150/7200 berbanding dolar AS daripada penutup Jumaat lalu pada 4.7115/7155.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata permintaan terhadap dolar AS telah meningkat kerana perkembangan terbaharu dalam konflik Israel-Palestin dijangka menjadi tumpuan hari ini.

“Walaupun masih belum dapat dilihat sama ada konflik ketenteraan boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat, kebimbangan terhadap harga minyak mentah adalah sesuatu yang dibimbangkan oleh pasaran,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan turun berbanding yen pada 3.1619/1657 daripada 3.1612/1641, susut berbanding euro kepada 4.9847/9900 daripada 4.9720/9763 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7622/7683 daripada 5.7494/7543 penutupan urus niaga Jumaat lalu.

Berbanding mata wang Asia yang lain, ringgit turut diniagakan lebih rendah kecuali berbanding peso Filipina, menyaksikan ia menambah nilai kepada 8.31/8.33 berbanding penutupan Jumaat pada 8.32/8.33.

Ringgit menyusut berbanding baht Thai menjadi 12.7525/7706 daripada 12.7200/7367, lemah berbanding rupiah Indonesia pada 301.9/302.4 daripada 301.7/302 dan merosot berbanding dolar Singapura pada 3.4519/4559 daripada 3.4458/4493 sebelumnya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025