Nilai ringgit terus meningkat

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat dan dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas hasil Perbendaharaan AS susut berikutan komen daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed), kata seorang penganalisis.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan menambah nilai untuk mencapai paras 4.7195/7240 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa 4.7255/7310.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata hasil Perbendaharaan AS jatuh 12 mata asas selepas Presiden Fed Bank Atlanta, Raphael Bostic, berkata bank pusat tidak perlu menaikkan lagi kadar faedah penanda aras, dan beliau menjangka tiada kemelesetan pada masa hadapan.

Sehubungan itu, indeks dolar AS (DXY) merosot daripada 106.22 mata kepada 105.76 mata, katanya.

“Justeru, terdapat peluang ringgit akan meningkat berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Pada masa yang sama, konflik Israel-Palestin akan dipantau dengan teliti kerana pemain pasaran bimbang tentang skala konflik berkenaan, katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, menyaksikan mata wang tempatan mengukuh kepada 5.0083/0131 daripada 5.0095/0153 pada penutupan Selasa.

Ringgit menyusut nilai berbanding yen kepada 3.1768/1801 daripada 3.1740/1779 semalam dan lemah berbanding pound Britain pada 5.8050/8105 daripada 5.7982/8049 sebelumnya.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.9344/9517 daripada 12.8571/8773 dan rendah berbanding dolar Singapura pada 3.4644/4679 daripada 3.4619/4662 semalam.

Sementara itu, ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.3 daripada 300.1/300.8 dan kekal berbanding peso Filipina pada 8.31/8.33. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis