ABP cadang beli Menara Serba Dinamik dengan harga RM38 juta

KUALA LUMPUR: APB Resources Bhd bercadang untuk membeli Menara Serba Dinamik setinggi 16 tingkat di Shah Alam, Selangor bersama tanah pegangan pajakan pada harga RM38 juta, tertakluk kepada kelulusan Mahkamah Tinggi.

Pengeluar peralatan proses itu berkata, ia telah menerima satu surat daripada pembubar Serba Dinamik Group Bhd semalam yang memaklumkan ia telah menerima borang salinan saman berhubung dengan permohonan pembubar bagi hala tuju penjualan tanah berkeluasan 3,025 meter persegi bersama dengan pejabat yang dibina di atasnya.

“Pertimbangan pembelian RM38 juta adalah berdasarkan asas ‘as-is-where is’ selepas rundingan dibuat dan mengambil kira nilai buku bersih dan nilai pasaran hartanah berkenaan,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

APB, yang berpusat di Shah Alam berkata, pengambilalihan itu akan membolehkan kumpulan menggunakan hartanah berkenaan bagi kegunaan sendiri dan menjana pendapatan dengan menyewakannya.

Ia menambah bahawa cadangan urus niaga itu dijangka selesai sebelum 30 November 2023.

Coelho

Related Posts

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

KUALA LUMPUR— Syarikat perkhidmatan minyak dan gas Sapura Energy Bhd kini secara rasmi dikenali sebagai Vantris Energy Bhd, menandakan permulaan era baharu dalam usaha transformasi dan pemulihan korporatnya. Penjenamaan semula…

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

Kuala Lumpur, 30 Julai – Penyenaraian FGV Holdings Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia bakal berakhir selepas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) secara rasmi memperoleh lebih 90 peratus pegangan dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

  • August 2, 2025
Sapura Energy Tukar Nama Kepada Vantris Energy, Fokus Baharu Lepas Fasa Pemulihan Kewangan

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

  • July 30, 2025
Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Besar RM29.5 Bilion Pada suku kedua 2025

FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

  • July 30, 2025
FGV sah akan dinyahsenarai, Felda kini kuasai lebih 91% saham

5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai

  • July 30, 2025
5,800 Pembayar Cukai Dikesan Tidak Patuh, RM484 Juta Pendapatan Tidak Dilapor – HASiL Guna e-Invois Buru Penipu Cukai