Belanjawan 2024 jangka beri tumpuan kepada pemilikan rumah pertama kumpulan B40, M40

KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Bhd menjangkakan Belanjawan 2024 akan memberi tumpuan kepada kepada pemilikan rumah untuk kumpulan pendapatan B40 dan M40, khususnya pembeli rumah kali pertama.

Penganalisisnya, Khoo Zing Sheng, berkata pihaknya menjangkakan Belanjawan 2024 akan mempunyai impak positif terhadap sektor hartanah berikutan sokongan berterusan kerajaan terhadap pemilikan rumah dan perkembangan positif dalam projek infrastruktur besar.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan kerajaan untuk meluaskan skop skim sewa untuk dimiliki (RTO) bagi kebolehcapaian kepada kumpulan individu yang lebih luas dalam kumpulan pendapatan B40 dan M40.

“Untuk mempromosikan pemilikan rumah, pihaknya percaya ada peluang yang tinggi untuk lanjutan pengecualian duti setem 75 peratus yang diperkenalkan sebelum ini untuk rumah berharga RM500,000 hingga RM1 juta di bawah Inisiatif Pemilikan Rumah Malaysia (i-MILIKI), yang ditetapkan untuk tamat tempoh menjelang akhir 2023,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Zing Sheng berkata, pihaknya juga menjangkakan dalam belanjawan kali ini, kerajaan akan memberi perkembangan terkini mengenai pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ).

Beliau berkata, Malaysia dan Singapura dijangka memuktamadkan Syarat Rujukan (ToR) mengenai cadangan SEZ selepas perbincangan antara pemimpin kedua-dua negara.

“Justeru, kami mengharapkan kerajaan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai SEZ yang dirancangkan dalam belanjawan akan datang,” katanya.

Zing Sheng berkata, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong telah mencadangkan konsep Greater Johor Bahru kepada kerajaan, merangkumi wilayah Iskandar Malaysia dan membayangkan Belanjawan 2024 akan memenuhi pembangunan Greater Johor Bahru, meletakkannya sebagai bandaraya metropolitan kedua Malaysia selepas Lembah Klang.

Katanya, walaupun butiran komprehensif tidak tersedia pada masa ini, Chin Tong telah menyatakan minat yang mendalam dalam pembangunan sektor kenderaan elektrik (EV).

“Johor mempunyai potensi untuk muncul sebagai hab untuk EV, terutamanya memandangkan matlamat bercita-cita tinggi Singapura untuk beralih kepada populasi EV sepenuhnya menjelang 2030 di bawah Pelan Hijau 2030,” katanya.

Zing Sheng juga berkata, pihaknya menjangkakan kerajaan akan mengulangi komitmennya untuk memberikan butiran lanjut projek infrastruktur yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12).

Beliau berkata, projek itu termasuk Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di Pulau Pinang, menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru dan Lebuhraya Utara-Selatan, pembinaan Sarawak-Sabah Link Road II dan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B, serta pembesaran Bus Rapid Transit (BRT) dan perkhidmatan bas antara bandar.

Selain itu, katanya terdapat kemungkinan untuk kerajaan mengumumkan pelaksanaan Transit Aliran Massa

3 (MRT3) dan potensi mengembalikan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Satu lagi dasar yang boleh diumumkan ialah potensi kelonggaran keperluan untuk Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis