BNM adakan sesi libat urus bersama bank berhubung pelan pemulihan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan sesi libat urus dengan bank pada bulan-bulan akan datang berhubung penyerahan kelompok pertama pelan pemulihan masing-masing.

Timbalan Gabenor BNM, Datuk Jessica Chew Cheng Lian berkata, fokus utama mesyuarat adalah bagi memastikan industri perbankan di Malaysia teguh memandangkan tekanan yang dialami oleh bank adalah luas dan pelbagai.

“Ia seterusnya bertujuan mengurangkan kemungkinan kepada institusi kewangan perlu melakukan resolusi,” katanya ketika berucap pada Simposium Resolusi Kebangsaan (NRS) 2023 di sini hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata, bank pusat perlu memastikan analisis strategik yang disediakan oleh bank adalah teguh berikutan kepelbagaian tekanan yang dialami.

“Pelan pemulihan yang dilaksanakan dengan baik sewajarnya mengurangkan peluang untuk institusi kewangan memerlukan penyelesaian,” katanya.

Menurutnya, BNM mengambil pendekatan menggunakan maklumat sama yang terkandung dalam pelan pemulihan untuk menyediakan input kritikal bagi membangunkan strategi resolusi yang munasabah.

“Langkah ini sejajar dengan harapan kami bahawa bank perlu menguruskan risiko mengikut kemampuan mereka untuk pulih daripada tekanan buruk dan luar biasa yang boleh menjejaskan daya maju masing-masing.

“Sekiranya proses rancangan pemulihan ini menunjukkan kapasiti pemulihan yang mungkin tidak tercapai, bank dijangka mempertimbangkan langkah perniagaan dan operasi untuk mengurangkan pendedahan kepada kejutan,” katanya.

Beliau berkata langkah ini dijangka memerlukan perubahan dalam hala tuju perniagaan bagi sebahagian bank.

“Kami percaya bahawa pendekatan ini adalah sejajar dengan tanggungjawab utama bank, berbanding dengan pihak berkuasa resolusi, bagi memastikan bank berupaya untuk berdepan dengan tempoh tekanan yang buruk,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

Penyertaan rasmi United Kingdom dalam perjanjian perdagangan bebas CPTPP dilihat membuka lembaran baharu buat pengeksport Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk menembusi pasaran Britain. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan…

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi