Ringgit menjunam kepada RM4.74 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila data terkini ekonomi negara maju itu yang lebih baik mungkin boleh mendorong lonjakan dalam hasil bon AS, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai pada 4.7425/7475 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.7345/7375.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jualan runcit AS yang lebih baik daripada jangkaan meningkat 0.7 peratus bulan ke bulan pada September berbanding anggaran 0.3 peratus.

Pengeluaran perindustrian AS turut menunjukkan pertumbuhan yang sihat dengan kadar penggunaan kapasiti dalam sektor pembuatan mengukuh kepada 79.7 peratus pada September daripada 79.5 peratus sebelumnya.

“Justeru, pergerakan gandingan ringgit-dolar AS dijangka berada dalam julat RM4.73 hari ini dengan tumpuan terarah kepada konflik di Asia Barat,” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.7678/7739 daripada 5.7595/7632, lemah berbanding euro kepada 5.0100/0153 daripada 4.9973/5.0004 dan rendah berbanding yen kepada 3.1663/1699 daripada 3.1629/1651 penutupan semalam.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit turut diniagakan rendah pada sesi pembukaan.

Ringgit susut berbanding baht Thai kepada 13.0235/0426 daripada 13.0180/0319 dan rendah berbanding rupiah Indonesian pada 301.7/302.2 daripada 301.2/301.5 semalam.

Nilai ringgit turut merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4632/4671 daripada 3.4566/4590 dan rendah sedikit berbanding peso Filipina pada 8.36/8.38 berbanding 8.34/8.35 semalam. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN