Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan

  • News
  • October 31, 2023

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fadhly Mohd Zamry dan Farah Yasmin Salleh semasa sebutan kes Adam Radlan, 42, membabitkan lima pertuduhan rasuah berhubung projek Jana Wibawa di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussin hari ini.

“Pada tarikh sebutan lepas, pihak pendakwaan memaklumkan ingin memindahkan kes di mahkamah ini ke Mahkamah Sesyen Jenayah 14 (di hadapan Hakim Suzana), namun terdapat perkembangan baharu iaitu pada 25 Okt lepas, tertuduh telah didakwa dengan kesalahan di bawah Akta Pencegahan, Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Pihak pendakwaan juga akan menuduh OKT (Adam Radlan) dengan kesalahan AMLATFPUAA di Shah Alam pada minggu hadapan. Oleh itu pendakwaan mohon satu tarikh baharu untuk permohonan pemindahan kes ke Mahkamah Sesyen Jenayah 14, iaitu setelah pertuduhan di Shah Alam selesai,” kata Mohd Fadhly.

Pada prosiding hari ini, Adam Radlan diwakili peguam Wee Yeong Kang.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 28 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menerima suapan RM500,000 daripada individu sama (Mat Jusoh) sebagai upah kerana membantu syarikat tersebut mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada kerajaan secara rundingan terus yang jumlah keseluruhannya bernilai RM47.8 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Dutamas dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku pada Mac 2021 dan 26 Nov 2021.

Pada 28 Feb lepas, dia sekali lagi didakwa iaitu secara rasuah meminta wang berjumlah RM2 juta daripada Lian sebagai upah untuknya kerana membantu syarikat Nepturis mendapatkan projek berkaitan Jana Wibawa.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pada 25 Okt lepas, Adam Radlan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM500,000, dua tahun lepas mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 389 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025