Berjaya Corp tingkat pegangan kepada 57.43% dalam Berjaya Food

UALA LUMPUR: Berjaya Corp Bhd (BCorp) meningkatkan peganganya dalam Berjaya Food Bhd (BFood) kepada 57.43% daripada 55.31% selepas membeli 37.25 juta saham.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pengendali rangkaian Starbucks, Kenny Rogers Roasters dan Jollibean Foods di Malaysia itu membayar sejumlah RM26.59 juta, atau 71.4 sen sesaham bagi blok saham yang dibeli itu.

Pada 26 September dan 27 Oktober lalu, BCorp telah membeli 37.25 juta saham, mewakili 2.21% kepentingan dalam BFood menerusi urus niaga perniagaan langsung serta pasaran terbuka.

Berikutan urus niaga terkini itu, BCorp kini memegang sejumlah 1.008 bilion saham, atau 57.43 peratus kepentingan dalam BFood.

Pengambilalihan itu dibiayai daripada pinjaman dan tiada liabiliti akan diteruskan daripada pembelian saham berkenaan.

Keuntungan bersih BFood jatuh 16% kepada RM103.41 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023, berikutan kos operasi lebih tinggi berpunca daripada tekanan inflasi dan kadar pertukaran asing yang tidak memihak berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN