Ketua Perangkawan pertama Malaysia meninggal dunia

  • News
  • November 15, 2023

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Perangkawan, Datuk Ramesh Chander, meninggal dunia pada 14 November 2023, pukul 2.50 pagi, pada usia 88 tahun.

Mendiang merupakan individu pertama yang menyandang gelaran sebagai Ketua Perangkawan Malaysia selepas kemerdekaan bermula 1 Januari 1966 sehingga 31 Disember 1977.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mendiang.

Mohd. Uzir berkata, sepanjang 11 tahun menerajui Jabatan Perangkaan Malaysia, mendiang berjaya membangunkan sistem perangkaan yang masih digunakan sehingga kini.

“Antara jasa mendiang ialah mempelopori penggunaan tinjauan isi rumah bersepadu untuk pengumpulan maklumat bagi menganalisis kemiskinan dan penyusunan petunjuk sosio-ekonomi.

“Disamping itu, mendiang juga merupakan Pesuruhjaya Banci pertama dan telah melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan selepas merdeka pada tahun 1970.

“Mendiang juga terlibat dalam membangunkan rangka kerja untuk pemantauan sasaran dan matlamat Dasar Ekonomi Baru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini..

Sehingga diakhir usia, mendiang masih aktif memperjuangkan statistik dalam komuniti pencinta statistik dengan menghadiri forum, seminar dan sesi dialog seperti Webinar :Counting Everyone For A Better Tomorrow (7 Julai 2020), Seminar Statistik Kependudukan (14 Februari 2022), dan Corruption In Malaysia : Who Will Bell The Cat (28 April 2021).

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 415 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN