Firma bateri silikon Enovix akan labur RM5.8 bilion di Malaysia

KUALA LUMPUR: Enovix Corporation, firma bateri silikon serba maju yang tersenarai di Nasdaq, akan melabur sejumlah RM5.8 bilion (AS$1.2 bilion) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun.

Ini termasuk barisan pembuatan bernilai RM315 juta yang telah diumumkan pada Ogos lalu, kata Ketua Pegawai Operasinya, Ajay Marathe.

“Menerusi usaha lebih tiga dekad bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Malaysia dan berjaya membangunkan serta mengendalikan beberapa kilang besar, langkah memilih Malaysia sebagai kemudahan pembuatan volum tinggi pertama kami merupakan satu keputusan yang mudah,” katanya.

Mengulas selanjutnya, Ajay berkata kehadiran jumlah pekerja teknikal Malaysia yang mahir, persekitaran mesra perniagaan serta kedudukan yang hampir dengan kalangan vendor dan kemudahan pembuatan pelanggan firma itu, turut menjadikan Malaysia sebagai lokasi ideal bagi membangunkan ekosistem rantaian bekalan bateri, pengeluaran dan peningkatan bateri generasi akan datang syarikat itu.

Barisan pembuatan tersebut menerusi kerjasama dengan YBS International Bhd, akan diwujudkan di Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, ia berkata Enovix Malaysia Sdn Bhd kini dalam proses pemasangan peralatan mesin dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.

Pelan pelaburan syarikat itu telah diumumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi mesyuarat berasingan di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AELM) 2023 di sini pada Rabu.

“Kita mengalu-alukan keputusan strategik Enovix untuk membangunkan kemudahan pembuatan volum tinggi pertamanya di Malaysia yang hanya membuktikan daya tarikan Maaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat teknologi serba maju di Asia Tenggara,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau juga menyifatkan kemudahan teknologi bateri berteknologi tinggi Enovix di Malaysia juga sejajar dengan misi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang turut menjanjikan kesan limpahan tempatan secara ketara.

Ini terutamanya dari segi penciptaan peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia dan peningkatan landskap perindustrian negara, kata Tengku Zafrul.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Wira Arham Abdul Rahman pula berkata langkah Enovix meletakkan asasnya di Malaysia dilihat sebagai satu transformasi syarikat itu dalam menjadi rakan usaha sama industri utama selain penyumbang kemajuan dan pembangunan ekonomi Malaysia.

“Pelaburannya di Malaysia juga membuktikan kepercayaan syarikat berkenaan ke atas keupayaan dan tenaga kerja Malaysia selain memperkukuh ekosistem penyelidikan dan pembangunan negara.

“Sehubungan itu, MIDA berharap untuk menjalin kerjasama kukuh dengan Enovix pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Enovix yang beribu pejabat di Amerika Syarikat mempunyai rangkaian di India, Korea Selatan dan Malaysia dengan penggunaan teknologi baterinya merangkumi Internet Pelbagai Benda, peranti mudah alih, pengkomputeran dan kenderaan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM