Malaysia suarakan kebimbangan kesan dasar monetari ketat ke atas negara membangun

SAN FRANCISCO: Malaysia dan ekonomi membangun lain menyuarakan kebimbangan mengenai dasar monetari ketat yang berlarutan di Barat yang memberi kesan negatif ke atas negara membangun, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican.

“Di peringkat global masih berlaku inflasi berterusan, mencerminkan dasar monetari ketat oleh Barat, yang mana telah dibangkitkan oleh ekonomi sedang pesat membangun seperti Malaysia dan Indonesia.

“Memandangkan negara maju yang besar terus mengekalkan dasar monetari yang ketat untuk tempoh lebih lama, ia jelas memberi kesan kepada prospek pertumbuhan negara seperti Malaysia.

“Risiko konflik yang semakin meningkat di Ukraine dan juga Timur Tengah (Asia Barat) mencetuskan risiko penurunan pertumbuhan global, inflasi dan gangguan rantaian bekalan,” katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dihadiri beliau, di sini, hari ini.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), inflasi global diunjur berada pada 6.5 peratus pada 2023 dan 4.1 peratus pada 2024.

“Oleh itu, perbincangan juga menekankan tentang keperluan untuk meminimumkan gangguan rantaian bekalan yang akan membantu menangani inflasi.

“Terdapat keperluan bagi platform pelbagai hala seperti APEC untuk mengekalkan aliran bebas perdagangan dan pelaburan, yang akan membantu meminimumkan risiko berkaitan dengan gangguan rantaian bekalan.

“Kami juga mengambil peluang untuk mengetengahkan beberapa keutamaan dan sasaran yang ditetapkan di bawah Ekonomi Madani, antaranya ialah meningkatkan bahagian pendapatan buruh kepada lebih 40 peratus dan meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita sehingga 60 peratus.” katanya.

Beliau berkata suatu yang menarik bahawa banyak ekonomi anggota APEC juga memberikan perhatian yang sama untuk memudahkan tenaga kerja wanita, sambil memberi contoh, tumpuan Kanada adalah untuk mengurangkan kos penjagaan kanak-kanak.

“Seperti Filipina dan Singapura, Malaysia dalam Belanjawan 2024 mengumumkan insentifnya sendiri bagi penjagaan kanak-kanak dan menggalakkan wanita kembali bekerja selepas rehat daripada kerjaya. Nampaknya ia merupakan penekanan yang sama bagi ekonomi anggota APEC,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

  • April 15, 2025
Premier kecewa beberapa projek utama lewat siap

Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

  • April 11, 2025
Sapura Resources saman bekas Pengarah Urusan

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM