Angka rakyat Palestin terkorban di Gaza cecah 13,000 orang

  • Dunia
  • November 20, 2023

BANDARAYA GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas mencecah 13,000 orang, termasuk lebih 5,500 kanak-kanak dan 3,500 wanita.

Menurut kenyataan pejabat media wilayah itu, jumlah kecederaan pula melebihi 30,000 orang dengan lebih 75 peratus daripada mereka kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Anadolu.

Jumlah penduduk yang hilang melepasi 6,000 orang dengan kebanyakan mereka disyaki tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Bilangan masjid yang musnah sepenuhnya sebanyak 83 dan 166 lagi rosak manakala tiga gereja turut menjadi sasaran serangan Israel, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad itu.

Selain itu, lebih 43,000 buah rumah musnah sepenuhnya manakala 225,000 lagi rosak, ini bermakna 60 peratus unit kediaman di Semenanjung Gaza terjejas akibat pengeboman Israel.

Menurut pihak berkuasa itu, sebanyak 25 hospital dan 52 pusat kesihatan tidak beroperasi sejak tentera penceroboh melancarkan serangan.

Tentera Israel juga menyasarkan 55 ambulans manakala berpuluh-puluh ambulans tidak beroperasi kerana kekurangan bahan api.

Menurut pejabat itu Israel dan komuniti antarabangsa bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah berterusan di Semenanjung Gaza.

Pejabat itu menyeru komuniti antarabangsa untuk terus memberi tekanan bagi menamatkan perang dan jenayah kemanusiaan selain menggesa bantuan dan bekalan perubatan serta bahan api untuk hospital.

Goncalves

Related Posts

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

KUALA LUMPUR: Microsoft menegaskan komitmennya menjadikan Malaysia sebagai hab utama kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, sekali gus memperkukuh aspirasi negara sebagai peneraju ekonomi digital serantau. Naib Presiden Eksekutif Awan…

  • Dunia
  • January 20, 2025
  • 488 views
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi. Katanya, ia selaras dengan hasratnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN