Topi Napoleon Bonaparte dilelong pada harga 1.9 juta euro

  • Dunia
  • November 20, 2023

PARIS: Sebuah topi milik Napoleon Bonaparte dijual pada lelongan di Perancis pada harga 1.93 juta euro (AS$2.1 juta), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Rumah lelong Osenat di Fontainebleau dekat Paris berkata ini adalah rekod dunia untuk topi yang dipakai oleh Napoleon semasa memerintah empayar Perancis pada abad ke-19.

Topi berwarna hitam berkenaan dianggarkan bernilai antara 600,000 euro dan 800,000 euro.

Sehelai rambut maharaja dan sapu tangan antara barangan lain yang dijual oleh seorang pengumpul.

Barangan lain yang ditawarkan termasuk sarung tangan dan sehelai baju yang dikatakan pernah dipakai Napoleon semasa hidup dalam buangan di pulau Saint Helena.

Dilahirkan di Corsica, Napoleon meninggal dunia pada tahun 1821 pada usia 51 tahun di pulau berkenaan.

Goncalves

Related Posts

  • Dunia
  • January 20, 2025
  • 264 views
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan bahawa beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi. Katanya, ia selaras dengan hasratnya…

  • Dunia
  • November 6, 2024
  • 385 views
Dolar AS melonjak, pelabur jangka Trump menang pilihan raya Presiden

TOKYO: Dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak sekitar 1.5 peratus berbanding yen dan euro hari ini apabila peniaga menimbang implikasi belanjawan daripada kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden AS. Dolar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan