Ringgit boleh mengukuh RM4.40 sedolar AS tahun depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengukuh kepada RM4.40 hingga RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun depan, disokong jangkaan kemasukan dana asing ke pasaran tempatan yang lebih baik berbanding tahun ini.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade, Kenny Yee Shen Pin, berkata firma penyelidik itu menjangkakan ringgit akan kembali pulih daripada ‘terperangkap’ antara julat semasa RM4.65 hingga RM4.67 menjelang suku pertama tahun depan.

“Jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengurangkan kadar faedah sudah tentu akan memberi kesan positif kepada ringgit dan mata wang serantau.

“Ringgit akan berlegar sekitar julat RM4.60 hingga RM4.65 menjelang akhir 2023 kerana hasil 10 tahun AS kekal tinggi. Melangkah ke 2024, ringgit sepatutnya menguji julat RM4.40/4.50 sekiranya trend kadar pelonggaran dasar Fed berlaku bersama-sama dengan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) besar-besaran ke dalam negara,” katanya pada taklimat unjuran akhir tahun Rakuten Trade secara maya, hari ini.

Yang turut serta, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng.

Shen Pin berkata, pada asasnya, adalah tidak adil mengatakan ringgit ‘terperangkap’ pada paras RM4.65 hingga RM4.67 untuk tempoh yang lama kerana mata wang Malaysia itu pernah didagangkan pada RM4.18 pada satu ketika.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah kekurangan pemangkin baharu dan aliran dana yang masuk kurang memberangsangkan. Jangkaan kemasukan FDI lebih banyak tahun depan akan menyaksikan konsolidasi ringgit turut berlaku,” katanya.

Ditanya sama ada perubahan Kabinet negara akan memberi kesan kepada ekonomi dan pasaran, beliau menjelaskan, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, namun untuk ringgit, sebarang pergerakan tidak bergantung sepenuhnya kepada penstrukturan Kabinet tetapi perlu dilihat dari perspektif yang lebih holistik.

“Kebanyakan penganalisis pasaran berkecuali dalam rombakan Kabinet. Jika ada kesan, ia mungkin dapat dilihat seawal tahun depan. Buat masa ini sukar untuk membuat apa-apa andaian,” katanya.

Shen Pin berkata, walaupun prestasi pasaran modal Asia kurang memberangsangkan ketika ini, Rakuten Trade menjangkakan pelabur asing akan kembali ke Asia.

“Justeru, kami menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mencecah paras 1,510 mata menjelang akhir tahun.

“FBM KLCI dijangka berlegar pada purata 1,590 mata tahun hadapan dan mungkin menguji paras 1,650 mata disokong jangkaan aliran masuk dana asing ke dalam negara,” katanya.

Selepas mencatat aliran masuk bersih RM3.1 bilion pada 2022, pasaran modal negara bermula agak kurang baik pada 2023 dengan aliran keluar mencecah RM4.2 bilion pada separuh pertama.

Sementara itu, Pak Leng ketika mengulas mengenai sektor automotif, berkata kemasukan jenama asing baharu seperti Stellantis dan Tesla ke Malaysia akan memberi manfaat kepada pelanggan tempatan, selain menyokong perniagaan pusat pengedaran sah sedia ada.

“Kami menjangkakan lebih banyak jenama asing lain akan memasuki pasaran Malaysia yang mana akan memberi manfaat kepada syarikat automotif tempatan seperti Sime Darby dan Berjaya Auto,” katanya.

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025