Saham Master Tec mula diniagakan di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengeluar wayar dan kabel, Master Tec Group Bhd memulakan dagangan sulungnya tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini sama seperti harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 39 sen sesaham.

Kumpulan itu menyasar mengumpul RM61.66 juta daripada IPO, dengan RM24.39 juta atau 39.55 peratus daripada hasil diperuntukkan untuk membeli jentera dan peralatan baharu dan RM16.78 juta atau 27.22 peratus bagi pembinaan dua loji pembuatan kabel kuasa voltan sederhana (MV) baharu di Alor Gajah, Melaka.

Sementara itu, sebanyak RM16.29 juta atau 26.42 peratus diperuntukkan untuk modal kerja am dan baki RM4.2 juta atau 6.81 peratus bagi perbelanjaan penyenaraian.

Ketua Pegawai Eksekutif Master Tec, Tee Kok Hwa, berkata syarikat itu menyasar untuk memasarkan kabel kuasa MV baharunya terutamanya kepada industri pembuatan berintensifkan modal.

“Ini termasuk kilang automotif, kilang memasang siap semikonduktor, loji kimia, pusat data, kemudahan stesen mengecas kenderaan elektrik, kemudahan tenaga boleh diperbaharui dan kilang pembuatan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian, hari ini.

Kok Hwa berkata, pelan pengembangan kumpulan itu telah dimulakan sejak tahun lalu dan dijangka selesai pada suku keempat tahun ini.

Master Tec mencatatkan keuntungan bersih RM5.78 juta pada suku ketiga berakhir 30 Septiember 2023 dan sebanyak RM19.41 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2023, disumbangkan terutamanya daripada jualan wayar dan kabel berteras aluminium.

Selepas penyenaraian, kumpulan itu menyasar untuk mengagihkan 30 peratus daripada keuntungan selepas cukai diaudit tahunannya kepada pemegang saham sebagai dividen, bergantung kepada prestasi perniagaan dan keperluan aliran tunai kumpulan setiap tahun.

SJ Securities Sdn Bhd merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen tawaran saham bagi IPO berkenaan.

Pada tengah hari, saham Master Tec susut setengah sen kepada 38.5 sen dengan 90.45 juta saham diniagakan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

KUALA LUMPUR: Symphony Life Berhad (“SymLife”), mengumumkan pelantikan Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 26 Mac 2025. Pemaju hartanah terkemuka di Malaysia dengan warisan lebih enam dekat…

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Kewangan (CFO) IJM Corp Bhd, Datuk Edward Chong Sin Kiat, menyatakan keyakinan terhadap prospek perniagaan syarikat dan potensi untuk memperoleh projek yang ditender, walaupun terdapat dakwaan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan