Batik Air lantik semula Chandran sebagai CEO

KUALA LUMPUR: Datuk Chandran Rama Muthy dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Malaysia yang baharu berkuatkuasa 1 Februari 2024.

Menurut syarikat penerbangan itu, pelantikan Chandran bagi menggantikan Kapten Mushafiz Mustafa Bakri.

“Di bawah kepimpinan Chandran, Batik Air telah mengalami perkembangan pesat dalam pelaksanaan strategi di samping berjaya memperluaskan rangkaian dan menambah baik prestasi perkhidmatan.

“Ini telah mewujudkan asas kukuh kepada perluasan jangka panjang Batik Air dan mewujudkan nilai dengan rakan kongsi industri, pelanggan dan juga pihak berkepentingan,” kata Batik Air dalam kenyataan media hari ini.

Chandran ialah CEO pertama Batik Air, yang dahulunya dikenali sebagai Malindo Air, dari penubuhannya pada 2013 hingga Ogos 2019.

Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Strategi Kumpulan Lion Air Group.

Sementara itu, Batik Air turut merakamkan penghargaan kepada Mushafiz atas kepimpinannya untuk tempoh 4 tahun setengah.

“Mushafiz dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Keselamatan di Lion Air Group,” kata syarikat penerbangan itu yang merupakan ahli Lion Air Group.

Coelho

Related Posts

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025