Tak wajar samakan situasi ringgit hari ini dengan tahun 1998 – PM

  • News
  • February 23, 2024

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan, situasi ekonomi Malaysia ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan pada 1998.

Jelas Perdana Menteri, ini kerana kedudukan negara ketika ini jauh lebih baik walaupun mata wang tempatan sedang melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pada 1998, selain daripada kejatuhan ringgit, kadar inflasi dan pengangguran meningkat dan tiada pelaburan asing masuk dalam negara.

“(Berbeza) ketika ini, ia perlu dilihat secara keseluruhan, (Malaysia) mencatat rekod pelaburan terbesar dalam sejarah, kadar inflasi terus menurun dan kadar pengangguran turut berkurangan.

“(Malah) pertumbuhan (ekonomi negara) adalah berdaya tahan sama seperti negara jiran.

“Ya, (kejatuhan ringgit) adalah membimbangkan, tetapi kita sentiasa memantaunya dan bernasib baik (ringgit) mengukuh sedikit. Namun, perkara ini turut menjejaskan semua negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Menara Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX) yang turut dihadiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di sini, hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata pihaknya tidak pernah mengabaikan atau mengambil mudah tentang isu tersebut.

Malah beliau berkata, prestasi ringgit akan sentiasa dipantau termasuklah isu kos sara hidup dan kesan kepada kehidupan masyarakat di negara ini.

“Eksport Malaysia pun saya lihat dalam keadaan baik, saya jumpa syarikat-syarikat yang eksport, mereka semua sangat senang.

“Apa yang penting bagi saya, fokus apa yang kami boleh buat dan patut buat. Hakikatnya memang saya buat setiap hari. Semalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN), pagi ni di TRX, dan petang ini pula di Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulas mengenai kritikan orang ramai apabila beliau meminta Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour menjawab prestasi ringgit.

Jelas Anwar, sebelum memberi kenyataan tersebut, Shaik Abdul Rasheed sudah pun memaklumkan kepadanya untuk mengeluarkan kenyataan penuh.

“Tempoh hari saya dikritik kerana minta Gabenor BNM jawab mengenai prestasi ringgit.

“Saya kata begitu kerana gabenor memberitahu saya, dia akan keluarkan kenyataan penuh. Jadi sebab itu saya serahkan kepada dia,” katanya

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 112 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 123 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

  • March 19, 2025
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

  • March 19, 2025
Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan