Boikot Starbuck hanya merugikan rakyat, Vincent Tan gesa henti boikot Starbucks

  • News
  • March 5, 2024

KUALA LUMPUR: Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Bhd Tan Sri Vincent Tan menggesa rakyat Malayia untuk memberhentikan langkah memboikot Starbuck Malaysia.

Vincent berkata, langkah memboikot itu hanya akan merugikan rakyat, katanya pada sidang media dari Tokyo hari ini.

“Saya rasa semua mereka yang memboikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia. Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat.

“Di kedai, 80-85% pekerja adalah Muslim. Boikot ini tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.

Berjaya Food Bhd (BFood) dilaporkan mengalami kerugian pada suku kedua berakhir 31 Disember 2023, susulan tindakan boikot Starbucks di seluruh dunia.

Nilai kerugian bersih sebanyak RM42.58 juta berbanding dengan keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BFood berkata, kerugian bersih terutamanya disebabkan oleh jualan lebih rendah dicatatkan dan kerugian sekali saja daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

Pendapatan kumpulan merosot 38% kepada RM182.55 juta daripada RM295.32 juta sebelumnya.

Sementara itu Vincent berkata, keadaan semakin reda apabila terdapat sedikit peningkatan dalam jualan.

Beliau menjangkakan suku ketiga tahun kewangan 2024 akan menunjukkan peningkatan dalam jualan.

“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia, ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika,” tambahnya.

Vincent berada di Okinawa untuk majlis pecah tanah Four Seasons Resort & Private Residences.

Rangkaian itu menjadi sasaran boikot rakyat Malaysia yang berang kerana dianggap mempunyai hubungan dengan atau sokongan Israel dan kempen ketenteraannya di Gaza

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 420 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

  • June 13, 2025
Leon Fuat Lulus Semua Resolusi AGM, Umum Dividen Akhir 1.0 Sen Sesaham

KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN

  • June 13, 2025
KJTS dan Envicool Jalin Kerjasama Strategik untuk Penyejukan Pusat Data Lestari di ASEAN