Ringgit melonjak tinggi pagi ini, cecah paras 4.60 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS apabila dibuka tinggi pagi ini mendapat rangsangan daripada petunjuk positif domestik dan disokong oleh keadaan luar yang bertambah baik.

Pada 9 pagi, ringgit mencecah paras 4.6 dan dibuka pada 4.6830/6895 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7025/7080 semalam.

Unit tempatan kali terakhir diniagakan pada paras ini ialah pada 16 Januari, berada pada 4.6945 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kelihatannya mencatatkan trend meningkat minggu ini.

“Data eksport China yang tinggi mengatasi jangkaan membayangkan sektor luar China semakin bertambah baik dan yuan dijangka mendapat sokongan yang baik dan memandangkan ringgit juga berkorelasi positif dengan yuan, ia mungkin memberikan sokongan kepada ringgit hari ini,” katanya.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 6.0017/0101 daripada 5.9952/6.0022 pada Khamis, turun berbanding euro kepada 5.1288/1359 daripada 5.1257/1317 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1702/1748 daripada 3.1778/1817 sebelumnya.

Sementara itu ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1778/2024 daripada paras penutup pada 13.2130/2340 Khamis, naik berbanding dolar AS kepada 3.5147/5199 daripada 3.5201/5247, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 299.1/299.6 daripada 300.3/300.8 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.41 daripada 8.42/8.43. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan pada Jumaat berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus berada di bawah paras 100 mata dalam ketidaktentuan berterusan disebabkan…

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025