Murid perempuan 12 tahun hilang di Pudu sejak Selasa lalu

  • News
  • March 15, 2024

KUALA LUMPUR:: Kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd. Chairil, 12, dilaporkan hilang sejak Selasa lalu apabila tidak pulang ke rumahnya dari sebuah sekolah di Pudu, Kuala Lumpur.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan itu, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir beliau bersama anaknya di kediaman mereka di Pudu, di sini, kira-kira jam 4 petang.

Dia dikatakan keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan ibunya dan pulang sehingga kini.

“Waktu petang hari itu (Selasa) Dhia dah balik ke rumah. Kemudian saya terus tanya kenapa pagi dia tak pergi ke sekolah. Cikgu mula WhatsApp tanya kenapa tak pergi ke sekolah. Dhia jawab dia keluar (tidak hadir sekolah) beli barang buat kejutan untuk saya.

“Dengar jawapan itu, saya marah dan tegur apa yang dia buat itu salah. Kenapa buat waktu hari persekolahan. Beberapa minit kemudian saya keluar rumah untuk nak beli barang dapur untuk sediakan lauk berbuka. Balik sahaja Dhia sudah tiada,” katanya ketika dihubungi.

Syarifah berkata, dia mula merasakan tidak senang hati apabila selepas selesai berbuka anak perempuannya masih belum pulang ke rumah.

“Selalunya dia akan pergi ke rumah kawan-kawan di sekitar kawasan ini, jadi apabila esoknya masih lagi tidak pulang ke rumah, saya mula mencarinya di rumah kawan-kawan tetapi semuanya tidak tahu di mana Dhia berada.

“Sebelum ini, Dhia tak pernah keluar jauh lama-lama dan tak pernah tak balik rumah, saya memang tengok dan jaga anak saya,”katanya.

Lebih merisaukan, Syarifah berkata, terdapat rakan kepada Dhia memaklumkan anaknya mengikut seorang lelaki yang tidak dikenali didakwa dikenali melalui media sosial.

“Saya jadi risau bila ada (kawan) yang kata Dhia pergi menghala ke Ampang, tambah pula ada kawan-kawan cakap Dhia pernah bercerita tentang seorang individu tetapi semua rakannya tidak pernah berjumpa orang itu. Saya risau bila ada orang tak kenal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan satu laporan polis diterimanya semalam.

“Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • March 13, 2025
  • 124 views
Caruman i-Saraan cecah RM2.6 bilion tahun 2024

KUALA LUMPUR: Caruman program i-Saraan iaitu caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM2.6 bilion pada 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata peruntukan…

  • News
  • March 13, 2025
  • 142 views
Dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy adalah pinjaman – PM

KUALA LUMPUR: Suntikan pelaburan sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Berhad (SEB) dilaksanakan dalam bentuk pinjaman bukan berbentuk dana hangus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak pengurusan syarikat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

  • March 27, 2025
Kenneth Vun dilantik sebagai Pengarah Urusan SymLife baharu

IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO

  • March 25, 2025
IJM kekal yakin dengan prospek projek walaupun terdapat dakwaan dalam talian, kata CFO