Pulau Pinang catat aliran masuk pelaburan tertinggi RM71.9 bilion

  • News
  • March 15, 2024

GEORGE TOWN: Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pertumbuhan luar biasa tersebut didorong pelaburan langsung asing (FDI) yang menyumbang RM61.7 bilion atau 85.8% daripada aliran masuk pelaburan pembuatan negeri itu dalam tempoh berkenaan.

“Angka tersebut secara tidak langsung menggariskan keyakinan teguh pelabur antarabangsa terhadap potensi negeri ini dan peluang menarik yang ditawarkan secara menyeluruh.

“Hasil dasar ekonomi negeri yang jelas, mesra pelabur dan kompetitif di peringkat serantau, Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan yang amat menggalakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena majlis penghargaan syarikat yang terlibat dalam Pusat Inovasi Teknologi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) (NTIC) Centre of Excellence (CoE) di Pulau Pinang di sini hari ini.

Chow berkata menerusi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), negeri ini berjaya memudah cara pelaburan RM13.67 bilion, sekali gus mewujudkan lebih 14,000 peluang pekerjaan pada tahun lepas.

Sementara itu, beliau yang juga exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi berkata NTIC yang dibangunkan oleh NCIA di Bayan Lepas dijangka siap pada suku ketiga tahun ini.

NTIC akan menjadi platform utama dalam menarik pelaburan berkaitan teknologi ke NCER khususnya di Pulau Pinang menerusi kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, syarikat multinasional serta ahli akademik, katanya.

Beliau berkata NTIC merupakan inisiatif ‘Kampus Tunggal’ yang memfokuskan kepada aktiviti berkaitan penyelidikan, reka bentuk, teknologi, inovasi dan pengkomersialan.

Menyentuh mengenai program CoE, NTIC Pulau Pinang, beliau berkata 12 penyedia CoE NTIC telah dilantik sejak pelancaran program tersebut pada Mei lepas dan mencatatkan pelaburan RM73.67 juta.

“Penyedia CoE yang dilantik hari ini memberi tumpuan kepada menyokong pembangunan PKS tempatan di bawah program Pengguna NTIC CoE, dan setakat ini, terdapat lapan syarikat PKS di negeri ini mendaftar untuk program berkaitan,” katanya.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 394 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025