Selepas ahli perniagaan Singapura, lebih ramai lagi akan dipanggil SPRM

  • News
  • March 15, 2024

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai individu bagi membantu siasatan kes membabitkan Bekas Menteri Kewangan.

Ia selepas seorang ahli perniagaan dan pemaju hartanah Singapura dipanggil SPRM bagi membantu siasatan kes individu berprofil tinggi di negara ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Berhubung siasatan ini, lebih ramai akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.

CNA Singapura semalam melaporkan seorang hartawan dalam bidang hartanah mewah berasal dari negara itu, Akbar Khan kini antara yang disiasat SPRM.

Ahli perniagaan berusia 83 tahun terbabit turut diperintahkan untuk mengisytiharkan harta dan pegangan kewangan keluarganya.

Akbar ialah pemegang saham majoriti dan pengerusi BRDB Developments Sdn Bhd yang juga pemaju hartanah mewah termasuk mempunyai projek di Australia, London dan Pakistan.

Akbar turut dijangka dipanggil semula untuk disoal siasat lagi bersama bekas sekutu rapatnya dalam masa terdekat.

Pada Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin masih berdepan beberapa kes siasatan pihaknya biarpun sudah didakwa atas tuduhan tidak mengisytiharkan harta membabitkan 70 aset dan satu akaun bank.

Beliau berkata, berkata siasatan itu membabitkan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Pertuduhan hanya membabitkan pendakwaan mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 kerana gagal isytihar harta.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 396 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025