Didakwa tipu kontrak kerajaan RM3.9 bilion, Pengerusi SPANCO mengaku tak bersalah

  • News
  • April 3, 2024

KUALA LUMPUR: Pengerusi Spanco Sdn Bhd (SPANCO), Tan Sri Robert Tan Hua Choon, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menipu hingga mendorong Kementerian Kewangan (MOF) menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Tan, 83, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di depan Hakim, Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, Hua Choon didakwa menipu MOF dengan memperdayakan Jawatankuasa Pembuka Peti Tender bagi tender bertajuk ‘Request for Proposal for Supply, Repair, Maintenance and Management of Government of Malaysia Vehicle Fleet’ Unit Kerjasama Awam Swasta MOF bahawa terdapat pemilikan saham sekurang-kurangnya 30 peratus oleh Bumiputera di syarikat SPANCO.

Ia melalui dokumen bertajuk ‘Appendix IV (Annex i) Bidder’s Profile’ dan dengan itu tertuduh secara tidak jujur mendorong MOF untuk menganugerahkan kontrak ‘Supply, Repair, Maintenance and Management of Govemment of Malaysia Vehicle Fleet’ bernilai RM3,966,386,628 kepada syarikat SPANCO yang mana MOF tidak akan berbuat begitu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 dan 28 di pejabat Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Tan didakwa mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, mencadangkan jaminan RM2 juta dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang sudah dipersetujui pembelaan tokoh korporat berkenaan.

Tertuduh turut diarah untuk menyerahkan pasport hingga kes selesai dibicarakan dan memohon tertuduh melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan.

Tertuduh turut dilarang berhubung dengan saksi pendakwaan secara terus atau menerusi pihak ketiga hingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam bela Hua Choon, Datuk Wan Azmir Wan Majid, mengesahkan tidak membantah cadangan jaminan RM2 juta walaupun ia dilihat sebagai jumlah yang tinggi.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun ini.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 386 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025