Malaysia catat pertumbuhan 4.2% pada suku pertama 2024

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar lebih tinggi sebanyak 4.2% pada suku pertama tahun 2024 (4Q 2023: 2.9%), didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif.

Pertumbuhan 4.2% itu melebihi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ke atas KDNK bagi 1Q24 yang dijangka bertumbuh 3.9%.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, perbelanjaan isi rumah lebih tinggi berikutan pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan.

Katanya, aktiviti pelaburan lebih giat disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta dan sektor awam yang lebih tinggi.

“Eksport kembali pulih berikutan permintaan luaran yang lebih tinggi. Dari segi penawaran, kebanyakan sektor mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi.

“Sektor perkilangan telah meningkat disebabkan oleh pemulihan dalam industri elektrik dan eletronik (electrical and electronics, E&E) serta industri bukan E&E. Pertumbuhan yang lebih kukuh bagi sector perkhidmatan didorong oleh aktiviti perdagangan runcit yang lebih tinggi dan sokongan yang berterusan daripada subsektor pengangkutan dan penyimpanan.

“Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 1.4% (4Q 2023: -1%),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut BNM, pada tahun 2024, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana, masing-masing antara 2% hingga 3.5% dan antara 2% hingga 3%.

Katanya, hal ini secara amnya mencerminkan permintaan yang semakin stabil dan tekanan kos yang terkawal, bersama-sama dengan kemungkinan inflasi meningkat yang berpunca daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.

“Prospek sepanjang tahun 2024 bergantung pada pelaksanaan dasar dalam negeri berhubung dengan subsidi dan kawalan harga, serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan,” kata BNM.

Sementara itu, BNM berkata, perkembangan inflasi keseluruhan kekal sederhana pada 1.7% pada suku pertama tahun 2024 (4Q 2023: 1.6%).

Peningkatan sederhana dalam inflasi keseluruhan ini mencerminkan pelarasan dasar tarif air pada bulan Februari dan cukai perkhidmatan bagi penggunaan elektrik yang tinggi pada bulan Mac, masing-masing meningkat sebanyak 20.8% (S4 2023: 2.1%) dan 0.7% (S4 2023: 0%).

Inflasi teras berkurang kepada 1.8% (S4 2023: 2%), sebahagian besarnya didorong oleh inflasi segmen makanan dan minuman yang terus mereda.

“Rebakan inflasi meningkat sedikit, apabila bahagian item Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mencatatkan kenaikan harga bulanan meningkat kepada 44.2% pada suku tersebut (S4 2023: 36.3%).

“Walau bagaimanapun, bahagian ini kekal di bawah purata jangka panjang suku pertama (tempoh suku pertama tahun 2011-2019) iaitu sebanyak 52.2%,” jelasnya.

Pasaran kewangan domestik pula kata BNM, terus didorong terutamanya oleh peralihan jangkaan pasaran kewangan terhadap hala tuju dasar monetari bank pusat utama.

Khususnya, kata BNM, pasaran kewangan global bertindak balas terhadap jangkaan bahawa Federal Reserve AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedah dasar semasanya untuk tempoh yang lebih lama dan mengurangkan kekerapan penurunan kadar dasar berikutan data ekonomi AS yang terus kukuh.

“Tekanan semasa ini mencerminkan dinamik pasaran mata wang yang lebih luas dan bukan khusus kepada Malaysia.

“Sejak awal tahun hingga 15 Mei 2024, nilai ringgit menurun sebanyak 2.4% berbanding dolar AS, sejajar dengan pergerakan mata wang serantau yang lain.

“Nilai ringgit turut meningkat pada asas kadar pertukaran efektif nominal (nominal effective exchange rate, NEER) sebanyak 0.5%. BNM menggunakan instrumen yang sedia ada untuk memastikan pasaran kewangan domestik kekal teratur dan terus berfungsi dengan cekap,” ujarnya.

Di samping itu, kata BNM, inisiatif terselaras oleh Kerajaan dan BNM dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Companies, GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Investment Companies,GLIC) serta libat urus dengan syarikat korporat dan pengeksport terus membuahkan hasil, lalu menyebabkan aliran yang lebih besar dan konsisten ke dalam pasaran pertukaran asing.

“Inisiatif ini telah membantu mengurangkan tekanan ke atas ringgit. Purata harian jumlah dagangan pertukaran asing (foreign exchange, FX) juga telah meningkat kepada USD17.6 bilion dalam tempoh 26 Februari hingga 15 Mei 2024 (2 Januari hingga 23 Februari 2024: USD15 bilion) seiring dengan spread bida-tawar yang lebih kecil.

“Hal ini menunjukkan penambahan mudah tunai dalam pasaran FX domestic,” katanya.- DAGANGNEWS

Coelho

Related Posts

Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

KUALA LUMPUR — Mata wang ringgit dijangka terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang, dengan potensi untuk mengukuh ke paras sekitar RM3.93 berbanding dolar Amerika…

Emas catat lonjakan luar biasa, prestasi terbaik hampir lima dekad

Pasaran logam berharga dunia mencatat sejarah baharu apabila harga emas berada di landasan untuk merekodkan prestasi tahunan terbaik dalam hampir 50 tahun, didorong gabungan faktor monetari, geopolitik dan permintaan pelaburan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan