Pelabur asing beli RM873.9 juta ekuiti tempatan untuk minggu keempat berturut-turut

KUALA LUMPUR: Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keempat berturut-turut, dengan jumlah RM873.9 juta minggu lalu.

MIDF Research berkata, belian ini telah mengubah aliran keluar asing kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.

Firma penyelidikan itu berkata, minat yang berterusan dalam pasaran domestik mungkin berpunca keyakinan ekonomi, selepas data menunjukkan pertumbuhan +4.2% tahun ke tahun dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2024.

“Ini melebihi ramalan pertumbuhan +3.9% anggaran awal yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Dana asing adalah pembeli bersih di Malaysia sepanjang minggu lepas, tertinggi pada hari Rabu dengan aliran masuk bersih RM299.98 juta.

“Ini adalah permulaan pembelian bersih yang kukuh oleh dana asing kerana hari-hari berikutnya menyaksikan aliran masuk bersih lebih RM100 juta setiap hari (Khamis: RM269.2 juta, Jumaat: RM184.3 juta),” katanya dalam aliran dana berakhir 17 Mei, hari ini.

Sektor yang mempunyai aliran masuk asing bersih tertinggi ialah pengangkutan & logistik (RM223.6 juta), utiliti (RM189.1 juta), dan penjagaan kesihatan (RM183.3 juta).

Manakala satu-satunya sektor yang mempunyai aliran keluar bersih asing ialah perladangan (-RM64.7 juta) dan pembinaan (-RM6.7 juta).

Pelabur institusi tempatan meneruskan rentak jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan jumlah RM379.7 juta.

Untuk minggu ke-10 berturut-turut, pelabur runcit melupuskan ekuiti domestik, berjumlah RM494.1 juta.

Dari segi penyertaan, purata volum dagangan harian (ADTV) meningkat untuk peruncit tempatan (+27.1%), institusi tempatan (+18.0%) dan pelabur asing (+8.5%).

Coelho

Related Posts

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

BENGALURU: Harga emas global merosot lebih dua peratus, susulan pelabur beralih kepada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai aset selamat selepas pengumuman tarif besar-besaran oleh Washington mencetuskan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi…

  • Pasaran
  • January 20, 2025
  • 305 views
Bursa Malaysia rendah meskipun Wall Street catat prestasi kukuh

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini. Pada 9.10 pagi, FTSE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

  • April 8, 2025
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

  • April 8, 2025
Harga emas susut lebih 2.0 peratus kepada RM426 segram

Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

  • April 7, 2025
Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan

  • April 7, 2025
U Mobile, EdgePoint meterai MoU percepat pelancaran 5G generasi hadapan