Azureen Azita dilantik sebagai COO Petronas Dagangan baharu bermula 1 Jun

KUALA LUMPUR: Azureen Azita Abdullah dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) baharu Petronas Dagangan Bhd, berkuat kuasa 1 Jun.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, berkata pelantikan Azureen, 47, menggantikan Khalil Jaffri Muhammad Muri, yang telah meletak jawatan kerana mobiliti kakitangan dalam Kumpulan Petronas.

Khalil, 50, memegang jawatan COO di PetDag selama hampir dua tahun sejak dilantik pada September 2022.

Azureen sebelum ini berkhidmat sebagai pengurus besar Petronas untuk digital hiliran dan inovasi.

Beliau juga pernah berkhidmat dengan PetDag sebagai ketua jualan runcit dan operasi pada 2016 dan kemudiannya dinaikkan pangkat kepada pengurus besar untuk bahagian yang sama pada 2018.

Azureen memiliki ijazah sains bahan dan kejuruteraan dari Swansea University di UK.

Saham dalam Petronas Dagang ditutup 48 sen atau 2.27% lebih rendah pada RM20.70, menilai kumpulan itu pada RM20.56 bilion.

Coelho

Related Posts

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

KUALA LUMPUR: Hextar Technologies Solutions Berhad muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Widad Group Berhad dengan pegangan sebanyak 23.03 peratus, berikutan perjanjian penjualan tanah di Nilai, Negeri Sembilan. Di bawah…

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis