KKM buka penempatan doktor pelatih ke hospital lain

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membuka penempatan pegawai perubatan siswazah (PPS) baharu bagi lantikan siri ketiga ke beberapa lagi hospital selain daripada hospital negeri.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan membuka penempatan PPS dibuat memandangkan peratus pengisian slot berkenaan bertambah baik.

“Tawaran penempatan ini dilaksanakan menerusi sistem e-houseman pada 13 Mei lepas yang melibatkan 792 orang calon,” menurut kenyataan itu.

Pada awal tahun ini, KKM memutuskan supaya penempatan dibuka kepada hospital negeri sahaja disebabkan pelantikan PPS didapati semakin rendah dan pengisian slot PPS di hospital negeri juga berkurangan.

Sehingga April ini, KKM telah melaksanakan dua siri lantikan baharu PPS melibatkan 701 orang pada siri lantikan pertama dan 803 orang pada siri lantikan kedua.

“Bagi siri lantikan seterusnya, penempatan PPS di hospital-hospital lain akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa berdasarkan bilangan calon diterima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta faktor-faktor lain yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan pihaknya memahami cabaran dihadapi oleh petugas kesihatan di seluruh negara dalam menghadapi peningkatan bebanan kerja dan beberapa langkah akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Pada Mei, KKM memaklumkan sejumlah 747 pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah ditempatkan ke semua negeri bagi menampung kekurangan pegawai perubatan sedia ada.

“Tujuan latihan yang diberikan kepada PPS sewaktu penempatan adalah supaya mereka mendapat pendedahan dan latihan klinikal yang mencukupi.

“Ini penting agar mereka mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti serta dapat mengamal dengan selamat,” menurut KKM.

KKM juga turut mengarahkan semua Pengarah Hospital untuk memastikan kebajikan petugas kesihatan terpelihara walaupun tahap pengisian PPS di hospital-hospital masih dalam proses penambahbaikan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi