KDN bersedia keluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun

  • News
  • July 15, 2024

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tarikh pelaksanaan pengeluaran pasport itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas kajian mengenai perkara itu selesai dijalankan.

“Apakah kita sudah bersedia, ya…setelah kajian sempurna kita membuat ketetapan bahawa kita ke arah itu (pasport 10 tahun),” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan pejabat pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini Jumaat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengadakan sidang media selepas melakukan perasmian pejabat pasport Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pasport itu membolehkan rakyat negara ini mempunyai pilihan sama ada menggunakan pasport tempoh sah lima atau 10 tahun.

Beliau berkata sebelum ini beberapa kajian libat urus telah dijalankan oleh Jabatan Imigresen untuk melihat kesesuaian bagi Malaysia mengeluarkan pasport berkenaan seperti amalan negara lain.

Saifuddin Nasution berkata ia bukan perkara baharu kerana negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura selain Amerika Syarikat serta Itali turut mengeluarkan pasport untuk tempoh 10 tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata pemegang pasport Malaysia boleh mendapat pengecualian visa hampir di 183 buah negara sekali gus meletakkan negara di tempat ke-12 dalam ranking dunia berdasarkan data pada 2024 yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa.

Mengenai pembukaan pejabat pasport di LTAKK itu, Saifuddin Nasution berkata ia adalah pejabat Jabatan Imigresen ke-72 di seluruh negara dan pertama terletak di dalam bangunan lapangan terbang.

“Di Sabah ia adalah pejabat Jabatan Imigresen ketujuh dan telah beroperasi sejak dua minggu lepas. Buat permulaan pejabat berkenaan hanya memproses permohonan bagi urusan pasport antarabangsa,” katanya.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata laluan pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang Tawau juga telah ditambah kepada enam laluan bagi memudahkan urusan kepada penumpang di Pantai Timur Sabah – BERNAMA

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 386 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025