PAC beri tempoh 3 bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan

  • News
  • July 17, 2024

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) untuk mengambil tindakan susulan terhadap syor dikemukakan kepada jawatankuasa itu.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selepas tempoh itu, PAC akan memanggil pengurusan HRD Corp untuk meneliti laporan tindakan susulan yang dibuat.

“Sebab kita baharu sahaja bentangkan pada minggu lalu, jadi kita akan tunggu selama tiga bulan dan panggil mereka membuat laporan tindakan susulan terhadap syor dikemukakan oleh pihak PAC,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen semalam.

Sebelum ini, PAC mendedahkan terdapat hasil kutipan levi sejumlah RM3.77 billion daripada majikan digunakan untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

PAC mendapati levi yang dikutip oleh perbadanan itu menunjukkan peningkatan ketara daripada RM475 juta pada 2020 kepada RM2.134 bilion pada 2023.

Berkenaan Laporan Tindakan Susulan bagi syor laporan PAC berhubung pengurusan naik taraf dan pembangunan semula bangunan daif di sekolah, Mas Ermieyati berkata PAC berpandangan masih terdapat banyak ruang penambahbaikan bagi mencapai inisiatif sifar bangunan sekolah daif.

“Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kerja Raya perlu lebih proaktif mempercepat tindakan berhubung projek pembangunan atau kerja-kerja ubah suai, naik taraf bangunan daif di samping mempergiat proses verifikasi bagi data yang telah dikunci masuk dalam EMIS (Sistem Pengurusan Sekolah).

“PAC turut mencadangkan kepada KPM untuk melihat kepada kerja-kerja pencegahan bagi menangani isu bangunan daif di sekolah, mengambil kira kewangan dan peruntukan sedia ada,” katanya.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim pada 10 Julai lalu mengumumkan kementeriannya akan melantik juruaudit profesional sebagai pihak ketiga bagi melakukan audit bebas ke atas HRD Corp.

Sim dilaporkan berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan ketelusan dalam proses berkenaan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat isu dibangkitkan dalam LKAN 2024, yang mengesyorkan Kementerian Sumber Manusia merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguat kuasa ekoran kegagalan audit.

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

  • July 4, 2025
PETRONAS Meterai Perjanjian 20 Tahun Bekal LNG dengan Venture Global

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar