Enam syarikat penerbangan baharu lonjak aliran penumpang MAHB

KUALA LUMPUR: Aliran pergerakan antarabangsa di rangkaian lapangan terbang tempatan kendalian Malaysia Airports Group meningkat 40% tahun ke tahun dalam separuh pertama 2024, didorong oleh penyertaan enam syarikat penerbangan baharu.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata, enam syarikat berkenaan adalah Cambodia Airways, Flydubai, Iraqi Airways, Juneyao Airlines, Thai Lion Air serta Turkmenistan Airlines.

Kesemua syarikat penerbangan asing itu menyumbang 45 juta aliran pergerakan penumpang dalam separuh pertama 2024, mencecah 87.9% daripada paras prapandemik bagi tempoh sama pada 2019.

“Pemulihan bilangan kapasiti tempat duduk berjumlah 85% pada separuh pertama 2024 atau 57 juta tempat duduk berbanding 67.3 juta pada tempoh sama 2019,” katanya.

Menurut MAHB, purata faktor muatan bagi separuh pertama 2024 berjumlah 78.8%, melepasi paras tempoh sama pada 2018 sebanyak 3.4 mata peratusan.

“Pertumbuhan berterusan sepanjang separuh pertama 2024 menunjukkan permintaan kukuh selain berpotensi mendorong peningkatan seterusnya dari segi tawaran kapasiti tempat duduk,” katanya.

MAHB juga menyifatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang tempatan di bawah Malaysia Airports Group bagi separuh pertama 2024 memaparkan daya tahan dengan jumlah pergerakan penumpang berjumlah 45 juta atau peningkatan ketara sebanyak 15.5% berbanding tempoh sama 2023 dan mencapai 87.9% daripada paras penumpang bagi separuh pertama 2019.

Selain itu, penyertaan dua syarikat penerbangan baharu iaitu Air Arabia dan AJet di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen yang juga asetnya di Turkiye, memacu pergerakan penumpang melebihi paras prapandemik dengan mencatat 20 juta bagi separuh pertama 2024, peningkatan sebanyak 16.4% berbanding tempoh sama 2023 dan naik 18.1% berbanding tempoh sama pada 2019.

Kumpulan MAHB mencatat 65 juta pergerakan penumpang pada separuh pertama 2024 atau menyamai pertumbuhan sebanyak 15.8% berbanding separuh pertama 2023 dan mencecah 95.4% daripada paras 2019.

Prestasi aliran pergerakan penumpang yang kukuh dalam enam bulan pertama 2024 pula kebanyakannya didorong oleh pergerakan penumpang antarabangsa selain peningkatan permintaan bagi perjalanan udara, pengecualian visa untuk pengembara dari China dan India selain pelbagai laluan penerbangan yang diperluas.

“Jumlah pergerakan penumpang antarabangsa untuk kumpulan itu mencatat 34.1 juta penumpang pada separuh pertama 2024, meningkat daripada 26.5 juta pada enam bulan pertama 2023 dan naik 5.3% berbanding 2019.

“Pergerakan penumpang domestik juga memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 4.1% berbanding separuh pertama 2023 dengan 30.9 juta penumpang atau 86.5 peratus daripada paras 2019,” katanya.

MAHB juga kekal optimis mengenai kemampuan mengekalkan momentum positif serta komited terhadap usaha menambah pengalaman penumpang, memperluas rangkaian laluan serta meningkatkan kecekapan operasi bagi menyokong pertumbuhan mampan. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menyatakan bantahan keras terhadap cadangan pengambilalihan dan pertukaran saham antara Sunway Berhad dan IJM Corporation Berhad, dengan memberi amaran bahawa urus niaga bernilai…

Vestland Batalkan Tiga Projek Rumah Mampu Milik Selangor Bernilai RM550.69 Juta

KUALA LUMPUR: Vestland Bhd memutuskan untuk tidak meneruskan tiga projek perumahan mampu milik di Selangor dengan nilai keseluruhan sehingga RM550.69 juta, yang diperoleh pada tahun 2022 daripada Splendid Forte Development…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan